Arrived at last! DERMAGs Travel Set and BB Cushion

DERMAGs Travel Set dan BB Cushion dah sampai!! Yeay!!

Seperti post Raihan yang lalu, Raihan ada cerita kan proses beli DERMAGs ni?

So produknya dah sampai dan tak sabarnya nak pakai. Hari ni, hari yang kedua Raihan pakai pencuci muka dan set travel DERMAGs. BB Cushion belum pakai lagi sebab Raihan duduk di rumah. Belum pergi jalan-jalan lagi.

DERMAGs Intensive Brightening Cleanser ni bila pakai rasa macam kulit lembut je. Selembut baby gitu. Fungsi-fungsinya adalah:

1. membantu menyingkirkan kotoran yang tersumbat dalam liang pori
2. mengimbangi lebihan minyak pada muka
3. membantu mencerahkan kulit secara semulajadi

Kulit akan rasa lebih sihat, segar, bersinar dan awet muda. Jadi rasa bersih dan lembut adalah real. Bukan placebo effect ye kawan-kawan. :)

Meh Raihan kongsi cara-cara penggunaan Cleanser DERMAGs ni.

1. Picit sedikit ke atas tapak tangan
2. Basahkan sedikit dengan air dan buihkan
3. Sapu dengan lembut pada wajah
4. Biarkan selama 1 hingga 2 minit baru bilas dengan air bersih.

Itu Cleaser, langkah seterusnya, DERMAGs Intensive Skin Softener atau nama glamernya toner. Lepas basuh muka, kita lap muka dan muka akan rasa lembut. Tapi ada sesetengah orang yang mukanya kering dan masih lagi kasar, maka boleh lah menggunakan Skin Softener ni. Kalau yang dah sedia lembut pun boleh juga pakai, bertambah-tambah la lembutnya wajah itu.

Kelebihan Skin Softener ni adalah:

1. mengimbangi pH kulit muka
2. mengecilkan liang-liang pori muka yang terbuka lepas mencuci muka
3. lapisan perlindungan pada kulit yang terdedah pada klorin semasa proses mencuci muka
4. mencerahkan muka secara sekata
5. melembapkan kulit dan mengurangkan kekeringan apabila terdedah pada sinaran UV

Cara nak guna:

1. Picit pada kapas dan sapu pada muka
2. Tepuk sedikit kawasan muka dan biarkan kering.

Lepas Skin Softener, boleh sapu DERMAGs Intensive Brightening Serum pula. Serum ni kalau uoollss nak tau, salah satu bahan aktifnya adalah ekstrak manggis yang 200% lebih efektif dalam mencerahkan kulit muka. Serum ni juga boleh merawat masalah muka seperti parut, jeragat, jerawat, sunburn dan tanda penuaan. Lain-lain kebaikannya adalah:

1. mengecilkan liang pori
2. mengurangkan kedutan di muka
3. mengimbangi lebihan minyak
4. mengatasi kulit kusam dan kering
5. memulihkan sel kulit yang rosak
6. menyerlahkan keserian kulit dengan semulajadi.

Jika anda menggunakan set ni pada waktu malam, anda dah boleh pergi tidur lepas sapu serum. Kalau di waktu siang dan anda nak keluar, boleh teruskan dengan next step iaitu DERMAGs Intensive Refining Cream.

Apa Refining Cream ni? Bahasa mudahnya, Refining Cream ni sebenarnya pelindung muka. Satu lapisan sebelum anda pakai BB Cushion atau Compact Powder. Refining Cream DERMAGs ni creamy dah berbau wangi. Kepada yang alah dengan pewangi-pewangi ni, anda jangan risau. DERMAGs hanya gunakan essential oil yang terpilih dan gabungkan dengan formula yang sesuai untuk semua jenis kulit. Kulit sensitif? Not a problem. DERMAGs boleh selesaikan dan serasikan dengan kulit anda.

Day 2, setakat ni masih lagi baik sebab Raihan dah melalui tempoh bertenang selama 2 minggu sebelum ni. Tempoh bertenang tu kiranya tak pakai apa-apa produk muka kecuali pencuci muka DERMAGs sahaja. Tapi sebab Raihan belum terima produk yang dibeli lagi, jadi tempoh bertenang tu Raihan hanya basuh muka dengan air biasa. Kalau muka dah berminyak sangat baru pakai pencuci muka yang ada. Itu pun bukan pakai setiap hari.



Comments